COVID-19: Seoul luluskan misi NGO hantar bantuan ke Korea Utara

0
52

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SEOUL: Korea Selatan memberikan kelulusan kepada sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan untuk membekalkan peralatan antiviral ke Korea Utara bagi membantu memerangi pandemik COVID-19.

Kelulusan itu diberikan pada Selasa lalu yang menyaksikan penghantaran ‘hand sanitiser’ bernilai kira-kira AS$81,000 ke Korea Utara, menurut Kementerian Perpaduan, kelmarin.

“Pertubuhan awam itu memenuhi semua syarat ditetapkan untuk misi penghantaran bantuan ke Korea Utara.

“Bekalan bahan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kumpulan terbabit,” kata jurucakap kementerian yang enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai pertubuhan berkenaan.

Ini kali pertama Kerajaan Korea Selatan membenarkan bantuan kumpulan awam dihantar ke Korea Utara, ketika hubungan kedua-dua negara tegang susulan isu usaha menghentikan pemilikan senjata nuklear di Pyongyang.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, termasuk Doktor Tanpa Sempadan, sebelum ini dilaporkan menderma sejumlah peralatan perubatan kepada rejim komunis itu menerusi pos pemeriksaan di Dandong, China.

Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Mac lalu berkata, sejumlah AS$480,000 diperlukan bagi membantu Korea Utara memerangi pandemik berkenaan.

Menurut dana antarabangsa itu, mereka mendermakan sejumlah besar cermin mata perlindungan, topeng, sarung tangan dan jangka suhu yang boleh digunakan untuk menyekat penularan virus terbabit. – Agensi

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here