Covid-19: Zon merah kian bertambah

0
722

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Zon merah jangkitan Covid-19 terus bertambah kepada 23 kawasan apabila Sepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak turut diklasifikasikan kategori tersebut.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, Sepang merekodkan 46 kes manakala Kota Samarahan 42 kes positif wabak berkenaan sekaligus menjadi daerah kedua di Sarawak diletakkan di bawah zon itu selepas Kuching.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Dengan pertambahan tersebut, lima daerah Selangor diletakkan di bawah zon merah.

Daerah Hulu Langat telah mengatasi angka positif Petaling dengan 345 kes.

Antara faktor penyumbang kepada angka tersebut adalah berkaitan dengan kluster tabligh kawasan berkenaan.

Hulu Langat telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mac lalu selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan peningkatan kes mendadak di kawasan tersebut.

Daerah Petaling merekodkan 306 kes, diikuti Klang 123 kes dan 111 kes di Gombak.

Bagaimanapun Lembah Pantai Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi di negara ini dengan 412 kes.

Disinfecting Imaging Equipment During COVID19 Outbreak ...

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan telah memasuki hari ke-22 bagi mengekang rantaian penularan wabak Covid-19.

KKM dijangka akan membuat keputusan Jumaat ini bagi memutuskan sama ada PKP dilanjut ataupun tidak.

Terus duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri. Sama-sama kita laksanakan tanggungjawab kita.

Sumber: Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here