Cubaan seludup pil Captagon lebih RM200 juta tumpas

0
355

PELABUHAN KLANG: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup sejumlah 650 kilogram dadah jenis pil Captagon bernilai RM221,856,312, dalam satu operasi khas di Pelabuhan Barat, di sini, Isnin lalu.

Kejayaan operasi itu adalah hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dengan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri (GDNC) Arab Saudi.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata dadah terbabit dipercayai dibawa dari Lebanon dan tiba di Malaysia, Ahad lalu, sebelum ke negara lain melalui Singapura.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here