Dasar Perhutanan Malaysia tidak hadkan hak negeri

0
86

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Dasar Perhutanan Malaysia tidak mengehadkan hak negeri untuk mengambil tindakan berhubung pengurusan hutan selaras objektif dan peruntukan dasar itu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, menjelaskan dasar itu saling melengkapi serta tidak mengurangkan peruntukan dalam mana-mana dasar lain berkaitan pengurusan hutan yang masih berkuat kuasa.

“Pengurusan hutan di negara ini adalah bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Setiap negeri ada kuasa untuk menguruskan perhutanan di negeri masing-masing,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Komited Kekal Hijau’, malam tadi.

Justeru, Shamsul Anuar berkata, penetapan strategi dan pelan tindakan bawah dasar itu adalah hak mutlak negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau menegaskan, Dasar Perhutanan Malaysia tidak sesekali mengambil alih kuasa kerajaan negeri, dan ia harus dibaca bersama mana-mana dasar bertulis lain berhubung pengurusan hutan bagi ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Dasar Perhutanan Malaysia yang dilancarkan kelmarin, telah dipersetujui semua kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-78 dan melalui proses rundingan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak 2016.

Ditanya mengenai penguatkuasaan dan pemantauan hutan pula, Shamsul Anuar berkata, pihaknya turut berkolaborasi dengan pelbagai agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk memantau kawasan berisiko tinggi bagi kes pencerobohan hutan.

Selain pengenalan dasar itu, beliau berkata, kementeriannya juga menekankan pengukuhan penggunaan teknologi dalam pengurusan hutan di Malaysia melalui pendigitalan sumber dan operasi hutan.

“Ini termasuk pengembangan aplikasi berteknologi tinggi, pembangunan data dan teknologi geospatial dalam mencegah pencerobohan hutan, (perkara ini) selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Mengulas mengenai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 pula, Shamsul Anuar berkata, lebih empat juta pokok berjaya ditanam di seluruh negara sejak ia dilancarkan pada Januari lalu.

Beliau berkata, ia membabitkan 8,770 hektar kawasan dan 455 spesies pokok seperti yang direkodkan melalui aplikasi mudah alih ‘Penghijauan Malaysia’.

“Jumlah ini dijangka meningkat dengan komitmen kementerian dan kerajaan negeri. Saya yakin kita akan mencapai sasaran sebelum tempohnya,” katanya. – BERNAMA

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here