Dengar suara halus sebelum terjun ke laut

0
152

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BAYAN LEPAS: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terjun ke laut di KM 15 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari arah Batu Maung ke Batu Kawan, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.15 pagi.

Beliau berkata, sejurus selepas menerima panggilan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru diketuai Rohaizal Abdul Aziz dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati lelaki berusia 34 tahun itu dalam keadaan terkapai-kapai dan hampir lemas selepas terjun ke laut.

“Anggota bomba kemudian menggunakan kaedah ‘repelling’ dan mengambil tempoh selama 15 minit bagi menyelamatkan mangsa.

“Lelaki juga mendakwa terdengar suara halus yang mendorongnya supaya terjun ke laut dan dia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan meninggalkan kenderaan sebuah syarikat yang dinaikinya di bahu jalan jambatan berkenaan.

Operasi tamat pada jam 7.30 pagi

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here