Dibenarkan bawa penumpang ikut kapasiti kenderaan mulai esok

0
549

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JUMLAH penumpang kini boleh mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat sudah bersetuju untuk membenarkan mereka yang menaiki kenderaan boleh melebihi empat individu dengan syarat ia mengikut kapasiti yang ditetapkan.

Menurutnya, hari ini kerajaan sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6 Pindaan 2020).

“Peraturan itu antara lain membabitkan penumpang bagi kenderaan persendirian yang membolehkan ia dibawa mengikut kapasiti kenderaan masing-masing dikawal mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bermakna jika kapasiti empat penumpang maka seorang pemandu campur tiga penumpang tetapi bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) ia merangkumi seorang pemandu dan enam penumpang, maksimum tujuh orang. Ia akan berkuat kuasa esok,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Namun katanya syarat lain masih kekal iaitu mereka mesti dari ahli keluarga yang tinggal bersama.

Sumber : Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here