Diberkas jual rokok seludup, langgar PKP

0
91
WANG Tunai dan rokok seludup dirampas polis. - Foto ihsan PDRM

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

LAHAD DATU: Dua beranak bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah diberkas kerana menjual rokok seludup dalam satu kejadian di belakang Pasar Lahad Datu, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki pemegang Kad Pengenalan Sementara, 34, dan anak lelakinya, 15, tiada keterangan diri, diberkas bersama 41 pek pelbagai jenis rokok dan wang tunai dipercayai hasil jualan rokok seludup.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata sebelum kejadian sepasukan anggotanya sedang menjalankan pemantauan lalu terserempak dua beranak berkenaan merayau-rayau.

Katanya, anggota bertugas kemudiannya bertindak menahan dan memeriksa dua beranak terbabit.

“Sebaik diperiksa, pelbagai 41 pek pelbagai jenis rokok seludup dan wang tunai RM1,179 ditemui bersama suspek. Kedua-duanya juga didapati melanggar PKP.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut, suspek mengakui menjual rokok seludup untuk mendapatkan wang sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasri berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) dan Peraturan 3(1)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here