Dr Noor Hisham terima PhD dari UKM

0
143

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BANGI: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) Kepimpinan Dalam Kesihatan Awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen UKM ke-48, hari ini.

Anugerah disampaikan Canselor UKM yang juga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir atas sumbangan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Tuanku Muhriz dalam titahnya menyatakan UKM sangat berbangga dengan dua tokoh alumni UKM iaitu Dr Noor Hisham dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang mempunyai peranan penting kepada negara.

Baginda turut bertitah, majlis konvokesyen kali ini dilangsungkan dengan kaedah berbeza akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.

“Beta bersyukur UKM cekal mengharunginya dengan membuat penyesuaian terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat serta fungsi lain universiti.

“Beta amat berbangga dengan komitmen dan usaha yang ditunjukkan oleh pasukan pengurusan dan petugas barisan hadapan UKM,” titahnya pada Majlis Konvokesyen UKM Ke-48 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pro-Canselor UKM yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Turut menerima PhD (Pengurusan Kelestarian), Profesor Emeritus Dr Soontak Lee.

Sementara itu, Mohd Ekhwan berkata, UKM membuat persediaan ketat untuk menjayakan majlis konvokesyen yang diadakan sebanyak 10 sidang secara bersemuka dengan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Hanya kira-kira 1,000 orang hadir atau 25 peratus dalam kapasiti dewan konvokesyen berbanding 4,000 orang pada satu-satu masa.

“Ia berikutan hanya graduan hadir tanpa ditemani ibu bapa dan majlis konvokesyen itu boleh disaksikan melalui saluran media sosial rasmi UKM,” katanya.

Katanya, graduan, ahli akademik dan petugas diwajibkan mengekalkan pemakaian pelitup muka, skrol tidak diberikan terus ke tangan penerima, penggunaan cecair pembasmi kuman dan majlis berlangsung hanya tiga jam.

Sementara itu, Noor Hisham berpuas hati dengan SOP dan masa diambil UKM dalam menjalankan majlis konvokesyen terbabit.

Katanya, majlis itu boleh dijadikan contoh kepada institusi pengajian tinggi yang lain.

“Saya mendoakan sidang seterusnya juga akan berjalan lancar dan UKM meneruskan pematuhan SOP yang ketat seperti sidang hari ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here