Dua beradik antara tujuh dikenakan kompaun RM10,000

0
205

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Dua beradik antara tujuh individu dikenakan kompaun RM10,000 kerana tidak mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran di sebuah premis makanan di Teluk Cempedak, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata sepanjang pemeriksaan dilakukan tujuh individu berusia 18 hingga 61 tahun dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, tujuh individu itu, termasuk pemilik gerai makanan di Teluk Cempedak dikenakan kompaun di bawah Peraturan 18 (3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kesalahan yang dilakukan mereka kerana tidak mendaftar nama pada buku daftar masuk premis dan mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera.

“Sepanjang tempoh 10 hari, polis sudah mengeluarkan sebanyak 25 notis kompaun kepada individu yang didapati melanggar SOP.

“Tindakan ini bertujuan menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya di sini.

Beliau berkata, pihak polis bukan bertindak sesuka hati mengeluarkan kompaun kepada orang ramai, sebaliknya menjalankan tugas yang diamanahkan semata-mata untuk kebaikan bersama.

“Polis bukan mencari kesalahan, tetapi lebih kepada untuk membasmi wabak COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat,” katanya.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here