Dua lelaki panah, bunuh anjing direman tiga hari

0
206

ALOR SETAR: Dua lelaki yang disyaki terbabit melakukan penganiayaan terhadap anjing liar dengan memanah haiwan itu sehingga mati di Seberang Jalan Putra, direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata perintah reman terhadap mereka hingga Rabu ini bagi membantu melancarkan siasatan kes terbabit.

Dalam kejadian itu, polis menerima laporan dari seorang pengadu yang memaklumkan kejadian anjing dipanah sehingga mati di Seberang Jalan Putra, seperti ditular di laman sosial, kelmarin.

Pengadu memaklumkan perkara itu selepas dia melihat status dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook mengenai anjing liar yang mati dibunuh dengan panah di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, polis menahan dua lelaki secara berasingan pada jam 4 dan 5 petang di sebuah kelab golf di Jitra dan tepi jalan Kampung Hilir, Kepala Batas, di sini, semalam untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek diserah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015/ Seksyen 45 Akta Binatang 1953.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here