EAIC kaji isu kematian dalam tahanan

0
121

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menjalankan kajian menyeluruh dan mendalam mengenai isu kematian dalam tahanan.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata, ia sebagai langkah EAIC dalam mengkaji isu yang membelenggu agensi penguatkuasaan selain mengesyorkan penyelesaian jangka panjang untuk menghapuskan masalah berkaitan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kejadiannya.

Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara itu, kajian tersebut akan diterajui oleh Timbalan Pengerusi EAIC Tan Sri Zainun Ali yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

“EAIC akan menggerakkan kolaborasi bersama organisasi berkepentingan daripada agensi perkhidmatan awam dan juga badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan suara dan kehendak setiap organisasi yang wajar akan diambil kira,” katanya dalam amanat beliau pada Majlis Sambutan Sedekad Penubuhan EAIC dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) EAIC 2020, di sini semalam.

Katanya, sejak penubuhan EAIC pada 1 April 2011, suruhanjaya itu menerima 5,237 aduan terhadap pelbagai agensi penguatkuasaan dengan 4,483 fail aduan dibuka, manakala untuk tahun ini setakat 31 Mac lepas, sebanyak 326 aduan diterima dan 274 fail aduan dibuka.

Sementara itu, beliau berkata, tahap integriti dalam kalangan penjawat awam dilihat bertambah baik dengan pengukuhan kerjasama pintar EAIC dan agensi penguat kuasa lain.

Katanya, entiti itu tidak sama sekali bekerja secara silo dan mengutamakan kerjasama dengan agensi lain bagi dijadikan senjata ampuh untuk mencapai sasaran menjadikan integriti sebagai teras budaya masyarakat.

“EAIC juga berpuas hati dengan langkah ketua jabatan sesuatu agensi penguat kuasa yang kini mengambil tindakan secara langsung terhadap anak buah masing-masing sekiranya didapati kesalahan berlaku,” katanya.

Dengan mengambil contoh laporan berita mengenai anggota polis dikenakan saman trafik baru-baru ini, beliau berkata tindakan itu membuktikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal tegas dalam memastikan pegawai dan anggotanya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya.

“Sebagai pemimpin kepada agensi penguatkuasaan yang menguatkuasakan undang-undang, kita perlu meletakkan standard penguatkuasaan undang-undang yang konsisten kepada semua,” kata Mohd Sidek.

EAIC ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) sebagai agensi yang melaksanakan fungsi badan pengawasan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan dengan peranan menerima aduan daripada orang awam mengenai salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan, serta merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku.

EAIC mengawal selia 21 agensi penguatkuasaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kesemua 21 agensi tersebut melibatkan lebih 210,000 kakitangan.

Mohd Sidek dalam pada itu berkata hubungan pintar dengan PDRM telah digerakkan melalui sesi dialog bersama pegawai kanan EAIC dan PDRM baru-baru ini dan pendekatan sama akan diguna pakai dengan agensi penguat kuasa lain.

Dalam amanat yang diberikan kepada anggota EAIC, Mohd Sidek turut berpesan supaya tiada sebarang kompromi terhadap salah laku atau Zero Tolerance terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Inilah yang dipanggil Tone from The Top. Kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan yang berpegang teguh kepada prinsip integriti. Dan insya-Allah, Tone from The Top akan menjadi budaya Tone from every level,” katanya.

Pada majlis itu, seramai enam individu menerima APC manakala 12 yang lain menerima sijil perkhidmatan cemerlang. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here