Ejen DAP, PH mahu pecahkan Melayu

0
248

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Perpecahan undi Melayu akan hanya menghasilkan ketidakstabilan politik secara berpanjangan, sekali gus menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata buat masa ini, kestabilan politik adalah penting untuk pembinaan semula ekonomi negara dan ia hanya boleh dicapai melalui muafakat politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dengan itu, beliau meminta sesetengah pihak supaya tidak menjadi ejen yang merosakkan kestabilan politik negara kerana keutamaan kini mestilah berpaksi kepada kepentingan rakyat dan bukannya isu peribadi yang hanya penting kepada sekumpulan kecil orang saja.

“Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas.

“Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah ejen DAP dan PH.

“DAP dan PH memang mahukan penjajaran baharu yang melemahkan kita. Ejen mereka mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentingan rakyat terbanyak. Bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima atau enam orang sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyentuh mengenai muafakat politik yang digesa diteruskan melalui pembentukan kerajaan PN, bukan sahaja hingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) namun selepas tempoh itu juga.

Tuan Ibrahim turut dilaporkan berkata apabila dukungan diberikan buat kerajaan, ia haruslah kepada kerajaan PN dan janganlah timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat.

Pada masa sama, Wan Saiful berkata pihaknya amat menyokong dan menghargai pandangan Tuan Ibrahim yang disifatkan sesuai dengan akhlak berorganisasi dalam satu jemaah atau satu keluarga.

Pihak yang berada dalam suatu keluarga yang sama tidak seharusnya menimbulkan pandangan yang mengguris secara sengaja sebaliknya menjaga semangat kekeluargaan itu dan ditegah meruntuhkan kesatuan yang ada untuk agenda peribadi.

“Dalam suasana negara yang sukar sekarang ini, rakyat mahu kita fokus kepada kebajikan dan pembinaan ekonomi. Perkara yang mengusutkan suasana seharusnya simpanlah dulu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here