Enggan Berkuarantin, Bapa Bertindak Botak Tengah Kepala Anak Bikin Tawa

0
203

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Walaupun sudah mencatatkan peningkatan kes jangkitan yang melebihi seribu dan juga bilangan kematian, masih lagi terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan tidak patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Disebabkan itu, kerajaan telah menetapkan agar PKP ini dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Keputusan ini dibuat demi keselamatan rakyat Malaysia ini dan berharap agar rantaian wabak COVID-19 akan terputus.

Bila suruh duduk rumah tapi masih berdegil…

Di Twitter, satu pemilik akaun telah membuat satu perkongsian, dimana telah mencetuskan orang tawa ramai. Perkongsian itu menyatakan bahawa, dimana seorang bapa dikatakan bertindak membotakkan rambut anaknya kerana berdegil dan masih lagi tidak mahu duduk di rumah.

Lebih melucukan, bapanya itu dilihat hanya membotakkan separuh rambut sahaja yang membuatkan budak lelaki itu botak ditengah. Sudah tentunya, perkara yang dilakukan bapanya itu tidak disenangi oleh kanak-kanak berkenaan.

“Anak degil orang kata mak bapak tak pandai didik anak…”

Sudah tentunya, tindakan bapa kepada anak lelakinya ini memimbulkan pertikaian dikalangan netizen. Namun, niat baik bapa ini tidak mahu anaknya dijangkiti COVID-19 seharusnya dipertimbangkan juga.

“Baik parents dia buat macam ni…”

Kesian budak tu…

“Biar anak menangis, jangan mak ayah…”

Ramai betul yang terhibur!

Sudah tentunya, pada saat ini ibu bapa sewajarnya memerhatikan anak-anak dan pastikan mereka juga melaksanakan PKP ini dengan telus. Wabak COVID-19  ini adalah suatu perkara yang serius dan sewajarnya saranan kerajaan diikuti oleh semua peringkat masyarakat.

Sumber: Twitter. , Borak Daily

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here