Fasa 1 vaksinasi COVID-19 capai kemajuan 80 peratus

0
150

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai detik penting apabila lebih 400,000 individu yang majoritinya petugas barisan hadapan, sudah menerima vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menurut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, sebanyak 413,650 dos vaksin sudah diagihkan, dengan 402,650 adalah dos pertama dan 10,605 dos kedua.

Ia bererti fasa pertama program itu yang menyasarkan untuk memvaksin sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan menjelang bulan depan, sudah mencapai kemajuan sebanyak 80.5 peratus.

Jumlah itu dicapai dalam tempoh 25 hari sejak program berkenaan bermula pada 24 Februari lalu, dengan purata pemberian vaksian sekitar 16,530 dos sehari.

Data dikongsi Dr Noor Hisham itu menunjukkan, Selangor kekal paling banyak mengagihkan dos pertama vaksin dengan 52,971 dos, disusuli Perak (48,136), Sabah (40,134), Kuala Lumpur (35,751), Sarawak (33,788), Pahang (30,320) dan Johor (29,238).

Selain itu, Pulau Pinang (26,879), Kedah (26,265), Kelantan (18,977), Negeri Sembilan (17,279), Terengganu (15,726), Melaka (10,716), Perlis (9,526), Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,343).

Sementara itu, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya negeri yang belum memulakan pemberian dos kedua vaksin COVID-19, manakala Sarawak mendahului pengagihan dos kedua dengan 4,848.

Ia disusuli Pahang (2,549), Perak (713), Sabah (591), Kuala Lumpur (565), Selangor (369), Pulau Pinang (328),

Melaka (187), Perlis (156), Labuan (127), Putrajaya (85), Johor (74), Kedah (enam), Terengganu (enam) dan Kelantan (satu).

PICK bermula pada 24 Februari lalu apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, disusuli dos kedua pada Rabu lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin pula menjadi individu pertama di Malaysia menerima vaksin keluaran Sinovac, portfolio vaksin kedua yang diagihkan di negara ini, Khamis lalu.

Malaysia kini berada dalam fasa pertama PICK yang menyasar untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hinga April depan.

Fasa 2 imunisasi, yang bakal membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 pula akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here