Guru rugi RM5,992 ditipu beli topeng muka, sarung tangan

0
120

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Seorang guru wanita membuat laporan polis semalam, mendakwa kerugian RM5,992 selepas diperdaya dalam urusan pembelian penutup hidung dan mulut serta sarung tangan getah di laman sosial Facebook, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa berurusan dengan seorang suspek wanita menerusi nombor telefon yang tertera pada iklan barangan itu yang dilihatnya pada 1 April lalu.

“Mangsa mendakwa telah membuat bayaran pada 5 April lalu bagi mendapatkan 86 kotak penutup hidung dan mulut serta lapan kotak sarung tangan getah kerana berhasrat untuk menjual semula barangan itu.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa barangan itu tidak pernah diterimanya walaupun dijanjikan penghantaran hanya mengambil masa sehari selain usaha untuk menghubungi suspek juga tidak berjaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, katanya, seorang pesara wanita berusia 66 tahun mendakwa kerugian RM37,000 selepas terpedaya dengan helah Macau Scam sehingga bertindak memindahkan wang simpanannya ke dua akaun yang tidak dikenali pemiliknya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa dihubungi pada 30 Mac lalu, kononnya oleh kakitangan Telekom Malaysia yang memaklumkan nombor telefon rumahnya digunakan secara salah oleh suspek perjudian haram dalam talian.

“Mangsa mendakwa panggilan itu disambungkan kepada seorang pegawai polis yang memberitahu terdapat waran tangkap dikeluarkan terhadap dirinya menyebabkan mangsa merayu supaya waran itu dibatalkan.

“Suspek mendakwa boleh berbuat demikian dengan syarat mangsa perlu memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang diberikan, kononnya untuk membantu siasatan,” katanya.

Mangsa yang mempercayai dakwaan suspek telah memindahkan wang simpanannya sebanyak dua kali iaitu pada 31 Mac dan 1 April lalu sebelum menyedari dirinya berkemungkinan ditipu selepas gagal menghubungi ‘pegawai polis’ itu bagi bertanyakan status waran tangkap terbabit. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here