‘Hajat arwah tidak kesampaian…’

0
229

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Tanjung Karang: Hajat seorang kanak-kanak untuk menyambut ulang tahun kelahirannya pada Mei depan, tidak kesampaian apabila lemas dalam parit di hadapan rumah keluarga di Kampung Sungai Sireh, di sini, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 7.30 malam tadi, Muhammad Firdaus Azuaan, 3, ditemui bapanya, Azuaan Bakri, 35, dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, kanak-kanak itu dikatakan bermain di halaman rumah sebelum disedari hilang oleh Azuaan yang terus berusaha mencari mangsa.

Azuaan memaklumkan, memang menjadi kebiasaan untuk anaknya itu hanya bermain di halaman rumah dan jarang pergi ke parit terbabit.

“Selalunya, dia akan bermain di laman hadapan (rumah) saja. Tidak sangka pada hari kejadian (semalam), dia lemas di dalam parit.

“Muhammad Firdaus adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan satu-satunya anak lelaki tunggal. Dia baru belajar bercakap dan aktif berjalan.

“Dia sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran pada Mei depan, namun tidak kesampaian apabila dijemput Ilahi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu bapa saudara mangsa, Muhammad Azman Bakri, 37, pula berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibunya, Zaiton Denan, 83, menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam tadi.

“Arwah sekeluarga tinggal bersama datuk dan neneknya di rumah itu.

“Muhammad Firdaus boleh dikatakan rapat dengan semua orang, terutama saya. Sifat arwah yang periang akan diingati sampai bila-bila,” katanya.

Muhammad Azman berkata, jenazah arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Kampung Sungai Sireh, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang (HTK) dan disahkan meninggal dunia akibat lemas.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here