Hamil tak halang Fasha berpuasa

0
89
Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz ambil kesempatan puasa ganti dan sunat ketika mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Fasha Sandha

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Fasha Sandha gagah berpuasa, biarpun usia kandungan mencecah enam bulan ketika ini.

Keputusannya membuatkan netizen tertanya adakah pelakon filem Berlari Ke Langit itu terlalu kuat untuk berpuasa, sedangkan sarat mengandung anak hasil perkongsian hidup bersama suami yang juga pelakon, Aidil Aziz.

Fasha berkongsi perkara itu di Instagram (IG) Story.

“Diakui, ada ramai yang menghantar mesej langsung (DM) bertanya saya kuat ke berpuasa ketika hamil. Alhamdulilah, saya masih kuat.

“Sudah lima kali saya berpuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.

“Saya ambil ruang duduk di rumah untuk berpuasa sunat dan ganti,” katanya.

Fasha berkata, awalnya, doktor tidak mengizinkannya berpuasa ketika ini. Kerana, kemungkinan berlaku dehidrasi, ia tak bagus sewaktu hamil.

“Saya pula pernah mempunyai sejarah keguguran sebelum ini. Jadi, saya kena lebih berhati-hati. Makan makanan tambahan, ubat dan vitamin semua kena ikut waktu yang ditetapkan,” kongsinya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun bersyukur hasrat berpuasa disokong suami yang turut berpuasa.

“Suami izinkan saya berpuasa dengan syarat melakukannya secara berselang seli. Ikutkan nak puasa berturut-turut. Tetapi, tak mengapalah saya kena ikut juga nasihat Aidil,” kongsinya lagi.

Menerusi coretan di IG Story itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2017 itu melafazkan janji kepada doktor untuk terus kuat.

“Maaf doktor. Saya janji akan kuat. Anak perempuan yang dikandung ini pun kuat. Alhamdulillah.

“Seronok dapat berpuasa ketika berkurung di rumah ini. Selain meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dengan keluarga, saya dapat menjaga pemakanan dan mengawal percakapan.

“Nafsu amarah pun dikawal. Alhamdulillah,” kongsinya

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here