‘Hanya Jho Low yang dapat jawab’

0
260

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa hanya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, boleh menjelaskan mengapa dana SRC International Sdn Bhd dimasukkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Razak.

Peguam bekas Perdana Menteri itu, Harvinderjit Singh, berkata demikian ketika ditanya oleh Hakim Datuk Abdul Karim, mengenai sebab wang jutaan ringgit itu dipindahkan ke akaun Najib.

Abdul Karim: Mengapa wang RM5 juta dan RM27 juta dimasukkan ke akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya Jho Low yang dapat menjawab perkara itu. Namun, kami boleh memaklumkan kepada mahkamah bahawa wang RM27 juta itu dimasukkan ke akaun Najib kerana Joanna Yu Ging Ping (bekas Pengurus Perhubungan AmBank) memberitahu baki dalam akaun tidak mencukupi.

Abdul Karim yang mendengar rayuan itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin, turut bertanya kepada Harvinderjit mengenai pembabitan Jho Low dalam SRC International memandangkan lelaki terbabit tiada jawatan dalam syarikat berkenaan ketika itu.

Abdul Karim: Jho Low (bukan) pegawai dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan SRC. Bila Jho Low terbabit? Namun, kamu beritahu Jho Low memberi arahan kepada Joanna Yu, yang beliau berhubung dengan Jho Low. Tiba-tiba sahaja Jho Low timbul?

Harvinderjit: Sebab Jho Low disebut ialah kerana cek. Jho Low boleh pindahkan wang keluar daripada SRC menerusi bekas Pengarah SRC, Terence Geh.

Abdul Karim: Adakah kamu mengatakan bahawa arwah Datuk Azlin Alias (bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib) tidak ada kena-mengena dengan perkara itu? Semuanya dilakukan oleh Jho Low?

Harvinderjit: Ya.

Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada April 2015.

Harvinderjit juga menghujahkan bahawa Jho Low terbabit dalam jejak kewangan berbelit itu yang membabitkan akaun SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Najib.

Beliau memberitahu mahkamah, Jho Low serta beberapa individu lagi terbabit dalam pemindahan wang membabitkan akaun Najib, dan bekas Perdana Menteri itu tidak mengetahui perkara berkenaan.

“Mengapa Perdana Menteri (ketika itu) dengan sengaja mengambil wang daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan memasukkan wang itu dalam akaun beliau?” katanya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan meliputi pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here