Harga Ikan naik mendadak sejak PKPB

0
65

KUANTAN: Harga ikan di Pasar Besar Kuantan dikesan naik antara 5 hingga 10 peratus sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Peniaga mendakwa mendapatkan ikan pada harga tinggi daripada pembekal menjadi faktor mereka menaikkan harga di pasaran tempatan.

Seorang peniaga, Maizatul Mohd Zainuddin, 28, yang ditemui berkata, penutupan Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur sebelum ini turut menyumbang kepada kenaikan itu, memandangkan dia kekurangan sumber pembekal ikan.

Antara naik harga, ikan bawal hitam yang dijual antara RM32 ke RM35 sekilogram (1kg) berbanding RM26 ke RM30 1kg; ikan kembung RM18 ke RM20 1kg (kenaikan RM6) dan tenggiri yang naik harga sekitar RM5 berbanding RM18 1kg.

“Turut naik harga adalah makanan laut seperti ketam yang dijual RM28 hingga RM32 1kg, kini meningkat kepada RM40 1kg; siput sedut daripada RM15 1kg kepada RM20 1kg.

“Saya fikir juga pengguna bebanan pengguna, namun tidak dapat berbuat apa kerana dapat daripada pembekal sudah mahal,” katanya, hari ini.

Menurutnya lagi, kenaikan barangan segar itu tidak berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak menolak kemungkinan permintaan tinggi daripada peniaga restoran mendorong bekalan terhad serta harga tinggi.

Bagi ikan sejuk beku, katanya, harganya masih sama dan bekalan mencukupi.

Dia juga berharap pihak berkuasa memantau kenaikan berkenaan.

Sementara itu tinjauan di pasar sama mendapati, sayur tidak mengalami kenaikan harga dan bekalan mencukupi.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here