“Harga Junam Sempena PKP” – Promosi Kaw2 Jakel Ramai Buat ‘Tergugat’?

0
68

Sebelum ini, Muzaffar Jakel meraih kecaman ramai setelah memua tnaik satu kenyataan kurang menyenangkan terutamanya buat orang Melayu melalui laman Instastory miliknya.

Namun, Muzaffar Jakel kemudiannya menjelaskan bahawa posting berkenaan hanyalah salah faham. Malah,  Datuk Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel turut memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata adiknya itu.

“Dulu2 sepasang baju melayu dewasa RM150-200”

Ekoran dari kejadian berkenaan, masyarakat khususnya golongan Melayu menjadi marah dan terguris hati dengan kata-kata tersebut kerana dianggap sebagai satu penghinaan. Jadi disitu, mulalah timbul isu memboikot gedung tekstil tertemuka ini.

Salah seorang pengguna di facebook, Aque May, telah memuat naik banting promosi Jakel yang menawarkan harga sememangnya tidak masuk akal untuk koleksi baju melayu.

Harga junam sempena PKP

“Maknanya tu la harga sebenarnya…”

Walau bagaimanapun, orang ramai dilihat seperti tidak teruja dengan promosi dan jualan kaw-kaw yang ditawarkan oleh Jakel ini. Kebanyakannya dilihat masih lagi terkesan dengan isu yang timbul sebelum ini.

Modal dia baru berapa ringgit baju tuu

Selamat berpuasa semua! Marilah sama-sama memperbaiki diri dibulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Sumber: Aque May

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here