Heneiken Malaysia akur arahan tutup kilang

0
131
HEINEKEN Malaysia Bhd di Brewery Sungei Way.

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Heineken Malaysia Bhd akur dengan arahan menutup operasi kilangnya di Brewery Sungei Way sehingga 14 April ini.

Syarikat pengeluar minuman keras berkata, lanjutan penutupan operasi itu adalah selaras dengan arahan kerajaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lembaga Pengarah ingin memaklumkan bahawa kelulusan kerajaan yang diterima pada awal April untuk meneruskan operasi terhad kepada bilangan pekerja semasa tempoh PKP dibatalkan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Menurut kenyataan itu, syarikat itu akan meneruskan penggantungan operasi Brewery Sungei Way dan akan memastikan kesan kepada perniagaannya dapat dikurangkan.

“Syarikat akan membuat pengumuman mengenai sebarang perkembangan berkaitan apabila sesuai,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu kebenaran beroperasi dalam tempoh PKP yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras sudah pun dibatalkan.

Katanya, kebenaran itu dibatalkan kerana tidak selari dengan dasar kerajaan.

Terdahulu, tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here