Henti polemik isu kalimah Allah

0
132

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Penghakiman bertulis mengenai isu kalimah Allah tidak sepatutnya dipolemikkan, sebaliknya perlu diselesaikan dengan perkara asas iaitu berbalik kepada takrifan dan penggunaan kalimah itu dengan betul.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, berkata pihak yang suka mempolemikkan isu berkenan harus ditangani supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam.

Beliau berkata, jika masyarakat faham mengenai takrifan dan fatwa kalimah Allah maka isu itu tidak perlu lagi timbul.

“Soal kalimah Allah, kita perlu pergi ke persoalan yang paling asas iaitu penerimaan orang Islam bahawa Allah adalah tuhan wajib disembah, maha esa dan tidak boleh disyirikkan.

“Kalau itu dijadikan asas, maka apa-apa penggunaan yang lain selain daripada itu tentunya akan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan orang Islam. Secara logiknya, kita boleh menerima apa yang berlaku, tetapi apa yang perlu difahami ialah sikap mempolemikkan isu itu, perlu juga ditangani.

“Apabila kita boleh menerima Allah itu sebagai mana ditakrifkan dan ia sudahpun difatwakan di kebanyakan negeri di Malaysia, termasuk di peringkat kebangsaan, maka sepatutnya tidak timbul isu lagi,” katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Syariat Didaulat: Perpaduan Diangkat di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Luqman menjelaskan fatwa sudah diwartakan di sebahagian negeri, khususnya dalam percetakan bagi mengelak mengelirukan akidah umat Islam itu sendiri.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, pula berpandangan sebelum hakim membuat keputusan berhubung isu kalimah Allah, beliau menyarankan supaya mereka membuat pertimbangan dari segi agama.

Beliau berkata, kalimah Allah mesti diutamakan demi kepentingan umat Islam supaya ia tidak disalahgunakan.

“Seorang hakim bukan sahaja meneliti apa-apa terdapat dalam undang-undang sahaja, tetapi mesti fikirkan undang-undang atas menjaga agama. Sebab perkara Allah mesti diutamakan untuk kepentingan umat Islam.

“Ia supaya kalimah itu tidak dipermainkan. Bukan (nak) larang orang bukan Islam sebut Allah sebab orang bukan Islam pun sebut Insya-Allah. Kita marah mereka sebab merosakkan akidah umat Islam tetapi kita kadang-kadang tak ambil kisah.

“Itu perkara yang besar dan patut diambil perhatian sama ada hakim, peguam, orang politik dan pentadbir negara. Kita tak sedar apabila kita tingkatkan Hifzuddin (menjaga agama Islam), orang lain cuba menonjolkan negara bukan Islam. Ini negara Islam sepatutnya kita berbangga,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here