I-Guru kesal kenyataan tidak bertanggungjawab netizen

0
74

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SEREMBAN: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) kesal dengan tindakan netizen mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab cuba mempertikaikan kedudukan warga pendidik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan dalam laman sosial Facebook dengan ada daripada kalangan mereka memberi cadangan supaya Bantuan Prihatin Nasional yang diterima guru diserah balik kepada kerajaan.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan, berkata tulisan itu bukan sahaja memperkecilkan kredibiliti kerjaya tetapi turut mengguris perasan mereka yang setiap masa berkorban mendidik anak bangsa.

Beliau berkata, walaupun guru berada di rumah dan tidak bertugas seperti petugas barisan hadapan ketika PKP ini, tetapi mereka tetap melaksanakan tugas menyediakan bahan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seperti pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan.

“Guru juga terpaksa mengurus jadual pembelajaran atas talian, menyiapkan video pembelajaran, memberi maklum balas kepada pelajar, menyediakan soalan dalam talian dan berkomunikasi dengan ibu bapa di samping membuat pelaporan aktiviti PdPc sepanjang tempoh PKP.

“Jika adapun guru yang bermasalah atau bersikap culas, ia adalah kes terpencil. Tidak wajar membuat tuduhan sedemikian rupa.

“Tuduhan ini bermaksud menghina penjawat awam yang bukan sahaja bertugas di sektor sekolah, tetapi juga di sektor lain yang terpaksa berada di rumah dan bekerja dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizee berkata, pihaknya tidak menafikan mungkin ada segelintir guru tidak dapat menyempurnakan tugas sebaik mungkin disebabkan kekangan tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, terdapat sebahagian guru yang masih berada di kampung dan tidak dapat pulang ke rumah mereka dan situasi itu menyukarkan mereka melaksanakan tugas PdPc akibat capaian internet rendah.

“Ketika ini guru masih tidak dapat kembali ke sekolah dan bahan pengajaran seperti buku teks, modul berada di bilik guru.

“Tambahan pula, capaian internet yang kurang baik di luar bandar juga menjadi antara kekangan bagi sebahagian guru,” katanya.

Mohd Azizee berkata, mereka yang mengeluarkan kenyataan itu sewajarnya menjaga penulisan dan tidak mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan prasangka buruk kepada warga pendidik.

Katanya, mereka harus memahami bahawa menerusi pendidikan dan usaha keras guru, maka lahirkan petugas barisan hadapan yang hebat.

“Siapalah mereka tanpa seorang guru yang mendidik dan membimbing mereka sejak di peringkat sekolah lagi hingga ke universiti.

“Mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu wajar memohon maaf dan perlu mengelak tulisan provokasi sebegini,” katanya.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here