IATA yakin ramai mula melancong

0
91

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kaji selidik terkini Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mendedahkan ramai yang semakin yakin melakukan perjalanan/pengembaraan, dengan majoriti percaya mereka cenderung berbuat demikian sebaik sahaja selepas divaksinasi.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Alexandre de Juniac, berkata kira-kira 57 peratus responden dijangka melakukan perjalanan dalam tempoh dua bulan pandemik itu dibendung, sementara hampir 40 peratus melaporkan tekanan mental dan kehilangan komunikasi sebenar berikutan sekatan perjalanan.

“Sememangnya sudah jelas bahawa kita perlu belajar hidup dan mengembara dalam dunia yang ada COVID-19.

“Memandangkan ia membabitkan kos kesihatan, sosial dan ekonomi daripada sekatan perjalanan, syarikat penerbangan seharusnya bersedia untuk menghubungkan kembali dunia sebaik sahaja kerajaan dapat membuka kembali sempadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

De Juniac berkata, terdapat beberapa halangan dalam trend perjalanan dan kaji selidik menunjukkan sekitar 84 peratus pelancong tidak akan melakukan perjalanan sekiranya membabitkan kuarantin di tempat yang dituju.

Terdapat juga petunjuk bahawa peningkatan perjalanan perniagaan akan mengambil masa dengan 62 peratus responden menyatakan mereka cenderung mengurangkan perjalanan untuk perniagaan walaupun selepas pandemik itu dibendung, katanya.

“Ramai yang mahu kembali melakukan perjalanan tetapi terhenti disebabkan kuarantin.

“Dengan ujian kapasiti dan teknologi bertambah baik serta populasi yang divaksinkan semakin meningkat, syarat untuk memasuhkan langkah kuarantin sedang dibuat dan ini sekali lagi menunjukkan kita perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk pembukaan semula secepat mungkin sebaik sahaja keadaan membenarkan,” katanya, – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here