IJN buka fasiliti pertama luar KL di Terengganu

0
87

KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) akan membuka pusat perubatan jantung di Terengganu, fasilitinya yang pertama di luar ibu negara sejak ditubuhkan kira-kira 29 tahun lalu.

Penubuhan pusat perubatan jantung itu adalah menerusi kerjasama antara IJN dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang bakal membuka Hospital Pengajar UniSZA di Gong Badak, yang dijangka mula beroperasi secara rasmi pada suku pertama tahun depan.

Kerjasama antara kedua-dua institusi itu dimeterai hari ini menerusi majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) selama dua tahun.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here