Insiden SUKE : Kerja stabil struktur, alih kren gantri selesai

0
96

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kerja penstabilan struktur dan pengalihan kren gantri di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mengakibatkan tiga warga China maut di Alam Damai, Cheras 22 Mac lalu, selesai sepenuhnya semalam.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan kerja pengalihan itu dilaksanakan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd melalui kontraktor terbabit iaitu

Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP).

Pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memantau pelaksanaan kerja bagi memastikan ia dilakukan dengan teliti, seterusnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, setelah kesemua kerja berkenaan selesai, jurutera perunding seliaan dan agensi berkaitan akan meneliti secara keseluruhan kondisi struktur yang terlibat bagi mengesahkan keadaan selamat.

Kesemua proses penilaian itu akan dilaksanakan secara terperinci dan telus.

Sebahagian laluan di Persiaran Alam Damai yang ditutup susulan insiden tempoh hari, sudah dibuka semula kepada penduduk Kondominium Puncak Banyan dan orang awam, sebaik mendapat pengesahan selamat serta kelulusan pihak jurutera perunding serta pihak berkuasa.

Dengan pembukaan semula Persiaran Alam Damai ini, ia akan membantu penduduk terutamanya di Kondominium Puncak Banyan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here