Juruterbang Wanita Maut, Pesawat Bawa Ujian Pengesanan Covid-19 Ke Indonesia Terhempas

0
47

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Seorang juruterbang wanita Amerika maut apabila pesawat yang dibawanya tidak berfungsi  semasa dalam perjalanan untuk menghantar alat ujian pengesanan Covid-19 di sebuah kampung terpencil di Indonesia.

Mangsa ialah Joyce Lin, berusia 40 tahun yang juga merupakan seorang pakar teknologi maklumat yang berkhidmat di Mission Aviation Fellowship (MAF).Menurut satu kenyataan, mangsa dilaporkan baru sahaja berlepas pada Selasa pagi dari Lapangan Terbang di Sentani, daerah Papua dengan membawa pesawat Kodiak.

Joyce Lin was 40.

Difahamkan bahawa beliau dalam percubaan terbang ke Mamit di dataran tinggi Papua bagi membawa peralatan ujian ke klinik tempatan. Namun, selepas beberapa minit berlepas dari landasan, beliau melaporkan kecemasan sebelum pesawat terhempas ke Tasik Sentani.

Pasukan penyelamat terdiri daripada penyelam mengesahkan bahawa Joyce yang berada bersendirian di dalam pesawat tidak dapat diselamatkan.

Pihak MAF kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyiasat punca sebenar pesawat tersebut terhempas.

Joyce Lin, left, and fellow pilot Kees Janse prepare for a flight in Wamena, Indonesia.

Joyce telah bekerja di Indonesia selama dua tahun dan menyertai MAF selepas lebih dari satu dekad bekerja sebagai pakar komputer.

Sumber: Siakap Keli

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here