Kanak-kanak 2 tahun maut akibat lemas

0
243

TANJONG KARANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditemui lemas di dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Sireh, di sini, pada 7.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kejadian disedari bapa mangsa berusia 34 tahun selepas mendapati, anaknya yang bermain di hadapan rumah hilang dari pandangan.

“Bapa mangsa kemudian mencari mangsa dan menemuinya di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) dan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here