Kartel dalam PDRM: Hamzah hubungi KPN

0
321

IPOH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam susulan isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkannya.

“Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, perkara yang KPN (Ketua Polis Negara) maklumkan kepada umum dan saya sebagai Menteri tidak dimaklumkan awal.

“Jadi semalam saya sudah pun menghubungi KPN dan meminta beliau menyediakan laporan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin KDN di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan penuh berkenaan diperlukan agar apa-apapun selepas ini yang diumumkan kepada rakyat adalah lebih jelas.

“Agar selepas ini perkara yang diumumkan kepada rakyat lebih jelas, tidak samar-samar atau menimbulkan persepsi yang kurang baik.

“Sebab itu saya meminta agar beliau melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP),” katanya.

Semalam Hamzah dilaporkan berkata Abdul Hamid perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berhubung dakwaannya mengenai kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkan beliau.

Hamzah, yang juga Pengerusi SPP dilaporkan berkata, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP dan ini adalah kali pertama beliau mendengar ‘ada kartel dalam PDRM.’

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here