Kartel tender projek: SPRM tahan pegawai kanan kerajaan

0
376

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, tengah malam tadi, kerana disyaki terbabit sindiket kartel tender projek yang ditumpaskan, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun bekerja sebagai juruukur bahan Gred 48 itu dipercayai terbabit kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek ditawarkan agensi berkenaan.

Katanya, suspek disyaki menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek, kepada ketua sindiket bertujuan memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Pegawai terbabit ditahan di rumahnya di Ampang, tengah malam tadi.

“Hasil risikan mendapati suspek disyaki menerima rasuah sebanyak RM300,000 apabila menyalurkan maklumat kepada ketua sindiket.

“Setakat ini, suspek disyaki menerima empat kali bayaran dianggarkan RM1.2 juta,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here