Kawalan ketat sempadan elak Nicky Liow bolos

0
268

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa terutama di sempadan negara diletakkan dalam situasi berjaga-jaga bagi berdepan sebarang kemungkinan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya sudah meletakkan Nicky Liow dalam senarai sebagai individu dikehendaki.

“Apabila nama ahli perniagaan itu dalam senarai berkenaan, pihak berkuasa di jalan keluar dekat kawasan sempadan, jeti, pelabuhan dan lapangan terbang akan dimaklumkan mengenai situasi berbangkit,” katanya pada BH, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan polis tidak menolak kemungkinan ahli perniagaan itu akan melarikan diri menggunakan lorong tikus di sempadan negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata siasatan lanjut masih giat dilakukan bagi mengesan ketua kumpulan dikenali ‘Geng Nicky’ itu yang disyaki terbabit aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram.

Semalam, media melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan Nicky Liow selaku suspek utama melarikan diri.

Nicky Liow, 33, dipercayai mengetahui maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis dan agensi penguat kuasa lain yang berada di bawah kawalannya.

Dalam 70 serbuan Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu, 118 individu diperiksa dan 68 ditahan, manakala wang tunai lebih RM770,000 dirampas.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here