Kelantan catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi

0
106

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) kes COVID-19 di Malaysia kekal pada kadar 0.94 setakat semalam.

Bagaimanapun, tujuh negeri mencatatkan Rt lebih tinggi daripada nilai berkenaan.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, hari ini, menunjukkan dua negeri Pantai Timur mencatatkan nilai Rt tertinggi, iaitu Kelantan (1.16) dan Pahang (1.14).

Ia disusuli Melaka (1.09), Sarawak (1.05), Kedah (1.03), Pulau Pinang (1.02), Johor (0.96) dan Sabah (0.95), di samping Kuala Lumpur yang mencatatkan nilai Rt sama dengan purata kebangsaan iaitu 0.94.

Selain itu, data dikongsi Dr Noor Hisham juga menunjukkan unjuran kes harian COVID-19 berada dalam trend menurun dan sekiranya nilai Rt turun kepada 0.80, kes harian dijangka mencatat tiga atau dua angka menjelang Mei.

Nilai Rt negara meningkat kepada 1.0 pada 25 Mac lalu susulan trend peningkatan kes harian pada minggu berkenaan, namun kembali menurun sejak empat hari lalu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here