Kelantan rekod 7 kluster pendidikan

0
57

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak tujuh kluster pendidikan di negeri itu sehingga ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata ia membabitkan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Katanya, tujuh kluster pendidikan termasuk Kluster Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung, Kluster Jalan Hospital, Kluster Pulai Chondong, Kluster Tangok dan Kluster Kok Lanas.

“Tujuh kluster berkenaan membabitkan 464 kes di 10 daerah membabitkan guru, kakitangan dan pelajar sekolah.

“Kota Bharu merekodkan bilangan paling ramai iaitu 189 individu diikuti Tumpat 113 dan Tanah Merah, 55 individu.

“Kita berharap kluster pendidikan tidak menunjukkan peningkatan kes memandangkan sekolah sudah ditutup,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pada masa sama ketika ditanya mengenai orang ramai yang hadir untuk menjalani ujian saringan COVID-19 di tapak Madinah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Dr Zaini berkata, kebanyakan mereka yang hadir adalah kontak rapat.

“Kesemua mereka yang hadir adalah penduduk di Kota Bharu. Sepatutnya tapak Madinah Ramadan kita jadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), namun ditukar kepada Pusat Pengambilan Sampel COVID-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, fasa kedua suntikan vaksin COVID-19 bermula 22 April ini membabitkan warga emas yang berisiko tinggi.

Semalam, Kelantan terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan merekodkan 429 kes baharu.

Jumlah itu menyaksikan angka tertinggi yang dilaporkan setakat hari ini menjadikan keseluruhan kumulatif kes positif di Kelantan sebanyak 9,167 kes.

Sehingga hari ini, lima lokasi di Kelantan yang kesemuanya membabitkan sekolah tahfiz dan sekolah menengah masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sumber:Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here