Kelantan serah pada SPR tentukan pilihan raya DUN Melor

0
99

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada mahu mengadakan pilihan raya atau tidak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, berkata dalam tempoh darurat itu, keputusan pilihan raya akan ditentukan oleh budi bicara SPR.

Katanya, kekosongan kerusi di DUN Melor berlaku selepas penyandangnya, Dr Md Yusnan Yusof, 53, meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 2.28 pagi Jumaat lalu.

“Pada pagi ini, kita menerima sijil kematian Md Yusnan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Perkara 46 (5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan, apabila berlaku kekosongan kerusi mana-mana DUN dalam negeri, maka saya akan memaklumkan atau menghantar surat secara rasmi kepada SPR.

“Ia bagi memaklumkan kekosongan sesuatu kerusi dan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan itu, SPR perlu mengisi kekosongan berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada SPR hari ini.

Katanya, jika suasana biasa akan ada pilihan raya kerana kerusi itu tidak cukup tempoh selama tiga tahun.

“Pada 9 Mei ini, baru cukup tempoh tiga tahun dan sepatutnya ada pilihan raya walaupun tidak cukup sembilan hari.

“Namun, kerajaan negeri serahkan kepada SPR sama ada hendak mengadakan pilihan raya atau tidak kerana sekarang tempoh darurat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here