Keluar Memancing Masa PKP! Dua Lelaki Pilih Masuk Penjara, Tiada Duit Bayar Denda

0
264

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ribuan individu ditahan selepas melakukan pelbagai kesalahan terutama mengingkari dan melanggar arahan polis atau tentera.

Terbaru, dua lelaki dari Sungai Siput telah ditangkap ketika sedang memancing ikan dan memilih untuk dimasukkan ke dalam penjara daripada membayar denda.

This image has an empty alt attribute; its file name is 6fa90779-90ea-4fdc-bc33-fa08708f7f6a_zsize.jpg

Lelaki berusia 45 tahun dan 56 tahun itu meraih pendapatan harian RM100 dengan membaiki bumbung namun mereka tiada sumber kewangan semenjak PKP dijalankan lalu menyebabkan kedua-duanya menangkap ikan untuk bekalan makanan.

Menurut laporan, Chen dan Zhong pergi ke kolam di Rimba Panjang sekitar jam pukul 5 petang semalam tetapi berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Kedua-duanya berkata di dalam mahkamah bahawa mereka tidak mempunyai wang dan terpaksa memancing kerana memerlukan makanan untuk mengisi perut yang kelaparan.

Tujuan mereka memancing adalah untuk simpanan mereka sendiri dan tiada niat untuk menjual kepada orang lain tetapi disebabkan tiada duit, mereka memilih untuk dipenjarakan selama tiga bulan daripada membayar denda sebanyak RM1,000.

Sumber: Borak Daily, World of Buzz

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here