Kematian pegawai bomba bukan akibat vaksin COVID-19

0
157

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang menafikan dakwaan tular dalam media sosial bahawa kematian seorang pegawai bomba di negeri ini ada kaitan dengan vaksin COVID-19.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah, berkata hasil siasatan mendapati pegawai terbabit meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam.

Justeru, beliau menjelaskan, kematian pegawai itu bukan disebabkan suntikan vaksin diterimanya pada 12 Mac lalu, iaitu empat hari sebelum meninggal dunia.

“Berdasarkan rekod, Allahyarham ada sejarah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

“Allahyarham pernah menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Julai 2020 dan pakar mencadangkan menjalani pembedahan.

“Pada 14 Mac lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Raub kerana mengalami gejala serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Bahari berkata, Allahyarham telah menerima rawatan sewajarnya menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum dirujuk ke Hospital Lipis.

Namun, beliau berkata, keadaan Allahyarham semakin tenat sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam.

“Jabatan Kesihatan Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, manakala isu yang tular ini diberi perhatian serius dengan siasatan dilakukan segera.

“Dalam isu ini, pihak jabatan menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak tepat bagi mengelakkan salah tanggapan terhadap vaksin COVID-19,” katanya.

sumber:berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here