Kerajaan cakna keperluan pelajar ikuti PdP dalam talian

0
108

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa cakna terhadap keperluan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian.

Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah mengambil inisiatif bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membantu pelajar, terutama mereka daripada keluarga B40.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk pemberian bantuan RM50 secara sekali bayar kepada 76,153 pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2020/2021 yang membabitkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta.

“Seterusnya, Bantuan Pelan Data B40 dengan peruntukan sebanyak RM24 juta yang memanfaatkan 320,396 pelajar.

“Selain itu, Bantuan Peranti B40 bersasar kepada 8,965 pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM13 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan perdana sempena Mesyuarat Perdana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) secara dalam talian, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here