Kerajaan Melaka dicadang kenakan caj sumbangan aktiviti perkapalan

0
120

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka mencadangkan kerajaan negeri mengenakan syarat dan caj sumbangan daripada aktiviti perkapalan, terutama pemindahan minyak dari kapal ke kapal bagi mencegah tumpahan minyak.

Pengarahnya, Rosli Osman, berkata pihaknya juga mencadangkan supaya kerajaan negeri mewujudkan dana khas bagi persediaan mengawal dan memulihkan pencemaran akibat tumpahan minyak.

“Kerajaan negeri juga dicadangkan menyediakan simpanan peralatan kawalan tumpahan minyak dan Pengemaskinian Pelan Tindakan Pembersihan Minyak (PTPP) negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media lawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan, di kawasan hutan bakau yang terjejas akibat tumpahan minyak di Pantai Cermin, di sini, hari ini.

Tumpahan minyak itu menyebabkan pokok bakau di kawasan seluas 1.2 hektar daripada keseluruhan 80 hektar Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan dicemari minyak.

Kerja pembersihan sisa minyak dimulakan pada 14 Oktober dan tamat seminggu kemudian selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah berpuas hati dengan Laporan Penilaian Shorelines

Cleanup Assessment Technique’ (SCAT).

Pemantauan berterusan mendapati keseluruhan kawasan paya bakau bebas daripada pencemaran tumpahan minyak kapal.

Rosli berkata, pihaknya tidak dapat mendakwa pihak yang menyebabkan tumpahan minyak di pantai berkenaan berikutan kesukaran mengesan kapal yang bertanggungjawab membuang minyak.

Katanya, jabatan itu mengambil enam contoh minyak dari empat kapal yang berlabuh di perairan sekitar Tanjung Tuan, pada 15 Oktober lalu.

“Ada kira-kira 20 kapal berlabuh di perairan itu ketika tumpahan minyak berlaku pada 12 Oktober lalu tetapi hanya enam contoh minyak diambil dari empat kapal.

“Ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan contoh minyak yang diambil dari kawasan tumpahan minyak di pantai Tanjung Tuan, tetapi tidak sepadan,” katanya.

Beliau berkata, jika ada bukti kukuh, pihak yang bertanggungjawab boleh disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here