Kerajaan PN fokus bela rakyat, stabilkan ekonomi negara

0
37

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus fokus melaksanakan inisiatif bagi membantu rakyat walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan.

Ketua Penerangan Pemudanya, Muhammad Hilman Idham, berkata ini termasuk pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA PRIHATIN), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Pelbagai inisiatif ini berjaya memperkukuh dukungan rakyat termasuk sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang.

“Kestabilan kerajaan dan kecemerlangan pentadbiran negara juga menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih apabila sejumlah RM164 bilion pelaburan membabitkan 4,599 projek diluluskan sepanjang tahun 2020,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Muhammad Hilman berkata, lebihan dagangan tahun lalu yang meningkat 26.9 peratus kepada RM184.79 bilion berbanding pada 2019 memberi keyakinan negara berada di landasan yang kukuh dalam usaha mencerdaskan ekonomi.

“Pemuda PN yakin, cadangan penggubalan Dasar Pelaburan Baharu yang memberi keutamaan kepada pelaburan berkualiti tinggi akan meningkatkan daya saing ekonomi negara, seterusnya menjadi pemangkin ke arah membangunkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi lima tahun akan datang.

“PN akan terus istiqamah membudayakan politik khidmat demi membela nasib dan kebajikan rakyat di saat negara masih bergelut dengan krisis COVID-19,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here