Kerani wanita rugi RM81,053 diperdaya sindiket nombor ramalan

0
180

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Seorang kerani kerugian kira-kira RM81,053, selepas ditipu sindiket yang kononnya mampu membantu mangsa menjadi kaya dengan memenangi nombor ramalan berjumlah RM700,000.

Kejadian bermula pada 26 Oktober tahun lalu, apabila mangsa wanita berusia 33 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenalinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek menawarkan untuk membantu mangsa memenangi tiket nombor ramalan berjumlah RM700,000.

“Suspek juga mempelawa mangsa menjadi rakan kongsinya di Thailand dan mangsa kemudian bersetuju menerima tawaran itu.

“Selepas itu, suspek meminta mangsa membuat bayaran sembahyang, yuran guaman dan bayaran modal perniagaan untuk mendapatkan nombor ramalan berjumlah RM700,000,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bermula 26 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu, mangsa memindahkan wang sebanyak 25 transaksi ke dalam tiga akaun berbeza, menjadikan jumlah keseluruhan RM81,053.

“Selepas itu, mangsa diminta memasukkan lagi wang RM4,500 namun dia enggan selepas mengesyaki dia ditipu. Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.

“Mangsa lewat membuat laporan polis kerana masih menunggu wang dijanjikan hingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan sudah mengenal pasti pemilik akaun terbabit.

“Kita akan memburu suspek terbabit, namun saya meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang urusan membabitkan wang di laman sosial.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh didenda,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here