Kerja pembersihan kesan minyak ambil masa dua tahun

0
57

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

AYER KEROH: Kerajaan negeri menjangkakan kerja pembersihan kesan minyak di Hutan Simpan

Tanjung Tuan akan mengambil masa dua tahun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata meskipun kerja membersihkan kawasan seluas 1.2 hektar yang terjejas akibat tumpahan minyak kapal di Selat Melaka itu sudah dilakukan pada Oktober tahun lalu, ia akan mengambil masa untuk dibersihkan sepenuhnya.

“Jabatan Perhutanan negeri sudah pun mendapat sejumlah peruntukan untuk menanam semula pokok bakau yang akan dilaksanakan selepas keadaan tanah di kawasan itu pulih.

“Saya dimaklumkan, kawasan Pantai Cermin di lokasi sama sudah pun dapat dipulihkan daripada pencemaran dan kita dapati perkara ini dalam kawalan, tidaklah terlalu teruk atau nazak seperti yang dilaporkan sebelum ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Seri Negeri di sini, hari ini.

BH Ahad lalu melaporkan, mengenai keadaan hutan pesisir pantai Tanjung Tuan, yang menjadi penampan penting hakisan pantai di Melaka kini berada dalam situasi nazak dan dijangka bakal lenyap selepas sisa tumpahan minyak kapal dari Selat Melaka dikesan begitu banyak ‘mendarat’ dan amat sukar dibersihkan.

Jika hutan itu gagal diselamatkan, ini bermakna hutan berstatus hutan simpan kekal bakal pupus berpunca daripada kecuaian dan kegiatan manusia.

BH difahamkan ketika ini hutan di Tanjung Tuan sering kali diancam dengan tumpahan minyak namun kejadian pada Oktober lalu adalah yang terburuk dan paling sukar untuk dibersihkan.

Akibat insiden itu juga, kemungkinan hayat hutan itu dijangka akan berakhir dalam tempoh terdekat ini, bersama sekurang-kurangnya 40 spesis haiwan moluska (haiwan tidak bertulang belakang seperti siput, kerang dan tiram.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan semua agensi serta jabatan berkaitan termasuk Kerajaan Persekutuan untuk memastikan hidupan di pesisir pantai kembali pulih.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here