Kerjasama belia kukuh hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi

0
87

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi dapat ditingkatkan dengan kelangsungan hubungan baik melalui pendekatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan NGO serta memperluaskan hubungan rakyat dengan rakyat, selain kerajaan dengan kerajaan.

Ia antara saranan yang terhasil daripada Forum Hubungan Dua Hala Arab Saudi-Malaysia anjuran Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM), baru-baru ini.

Pengarah WAMY Malaysia, Maged Mohammed Badhawi, berkata forum itu juga menyarankan penubuhan Majlis Persaudaraan Belia Malaysia dan Arab Saudi dalam rangka pertukaran kefahaman, budaya dan idea inovasi juga berupaya memberi faedah kepada perkembangan Islam.

“Dalam pada itu, kita boleh menggalakkan lebih banyak dialog, pertukaran fikiran antara golongan al-syabab al-muslimin bagi memaksimumkan persamaan dan meminimumkan perbezaan.

“Membangunkan ummah dalam pelbagai aktiviti di peringkat antarabangsa dapat menyediakan latihan yang cukup bermakna untuk berdiri sebagai pemimpin umat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maged berkata, WAMY Malaysia bersedia menjadi mediator dan fasilitator bagi tujuan berkenaan.

Katanya, sebagai sebuah pertubuhan organisasi bukan keuntungan belia Islam yang berpangkalan di Jeddah, WAMY mengikuti rapat signifikan lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan pulangan dalam bentuk ekonomi dan kesejahteraan kepada kedua-dua negara.

“Arab Saudi sebagai negara tunggak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Malaysia sebagai negara Islam progresif sebagai pemain utama di rantau ini harus memanfaatkannya dan membuat tindakan susulan daripada keputusan yang dicapai oleh kedua-dua negara,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri melakukan lawatan rasmi enam hari ke Arab Saudi bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan seterusnya melawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here