Kes COVID-19 dalam kalangan PATI boleh dikawal guna model tangani HIV

0
231

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kes dan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh dikawal dengan menggunakan model seperti mana menangani penyakit HIV dalam kalangan penagih dadah di negara ini.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, disebabkan kes dan risiko jangkitan dalam kalangan pekerja asing dan PATI adalah isu yang agak rumit, maka ia perlu ditangani secara holistik.

Golongan itu perlu didekati dengan menerangkan maklumat kepada mereka dalam bahasa dan istilah yang boleh difahami. Mereka juga patut diberi pengetahuan mengenai kebersihan dan langkah untuk mengelak jangkitan.

“Seperti menangani wabak HIV dalam kalangan pengguna dadah umpamanya, kami bekerjasama dengan bekas penagih dan penagih sendiri untuk memberi maklumat, melaksanakan program pertukaran jarum dan juga rawatan methadone, memberi maklumat mengenai HIV dan sebagainya.

“Dengan kerjasama yang dijalinkan dengan golongan itu, kita boleh memahami keperluan, masalah dihadapi, mendapat kepercayaan daripada mereka dan dengan secara langsung atau tidak dapat mencapai matlamat program iaitu memberi pengetahuan mengenai HIV dan juga meningkatkan keberkesanannya, …ini juga boleh dilakukan untuk COVID-19, ” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman
Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman

Tambahan lagi, Dr Adeeba berkata, untuk menangani pandemik ini dengan jayanya, kerajaan harus gerakkan usaha berkenaan. Menurutnya lagi, ujian saringan COVID-19 hanyalah satu daripada langkah yang perlu diambil.

Jika dapat bekerjasama bersama badan bukan kerajaan (NGO), nescaya program ini dapat dilaksanakan kerana kepercayaan terhadap mereka sudah terjalin.

Kerjasama dengan majikan juga perlu dilaksanakan supaya mereka menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kerana adalah mustahil mengelak jangkitan sekiranya mereka tinggal dalam kawasan yang sesak dan kurang bersih.

“Satu pelan strategi yang mengambil kira isu ini daripada pelbagai aspek dan pelan tindakan dari segi jangkamasa pendek, dan sederhana dan panjang perlu diambil.

“Dari segi jangkitan COVID-19 pada pendapat saya adalah tidak wajar untuk melakukan operasi dan dan menempatkan mereka di depoh tahanan yang sesak yang akan meningkatkan risiko jangkitan. Serbuan akan menyebabkan mereka lari dan menjadikan usaha untuk pengesanan kontak semakin rumit,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here