Kes tipu jual barang kemas dalam talian meningkat

0
197

KUALA LUMPUR: Sebanyak 37 kes penipuan jual barang kemas dalam talian membabitkan kerugian RM239,530 direkodkan, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata jumlah itu meningkat berbanding 44 kes direkodkan dengan kerugian RM261,954 sepanjang tahun lalu, manakala 21 kes (RM148,444) pada 2019.

Beliau berkat perkembangan teknologi dan komunikasi mewujudkan peluang perniagaan secara dalam talian kerana akses mudah dan tanpa had khususnya ketika negara berdepan penularan COVID-19.

“Ia sekali gus menjadikan platform e-dagang pilihan pengguna. Namun, perkembangan ini juga turut mewujudkan jenayah penipuan jualan barangan tidak wujud,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, pihaknya sudah mengambil langkah efektif serta berkesan bagi membanteras aktiviti itu.

“Namun dari aspek pencegahan, pembabitan masyarakat amat diperlukan. Justeru, orang ramai digesa untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam urusan jual beli barang kemas secara dalam talian.

“Jangan mudah percaya dengan tawaran jualan barang kemas yang lebih murah daripada pasaran semasa terutama apabila dijual oleh pihak tidak dapat dipastikan kesahihannya,” katanya.

Orang ramai boleh berhubung dengan CCID (JSJK) Scam Response Centre melalui talian 03-26101599/1599 jika mempunyai sebarang keraguan berkaitan aktiviti jual beli dalam talian.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here