Kos projek 5G diketahui selepas proses tender terbuka

0
137

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Jumlah kos untuk projek infrastruktur 5G yang lebih tepat akan dapat dikenalpasti selepas proses tender terbuka dimulakan tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Buat masa ini, katanya jumlah keperluan pelaburan untuk projek infrastruktur 5G adalah dianggarkan sebanyak RM15 bilion membabitkan kos infrastruktur serta operasi dan penyelenggaraan tahunan dalam tempoh projek selama 10 tahun.

“Digital Nasional Bhd (DNB) akan menilai pilihan inovatif untuk mewujudkan struktur pembiayaan kos efektif yang boleh digunakan untuk projek infrastruktur seperti ini.

“Adalah dijangkakan bahawa ia akan dibiayai secara peribadi melalui perjanjian kerjasama awam-swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-44 hari ini.

Tengku Zafrul menjelaskan, konsep pembinaan infrastruktur 5G

menggalakkan persaingan berasaskan perkhidmatan di pasaran, di mana syarikat telekomunikasi kurang terikat untuk melabur dalam infrastruktur 5G dengan modal yang tinggi, sebaliknya akan lebih menumpukan perhatian pada peningkatan inovasi perkhidmatan dengan kos berpatutan.

Beliau berkata, dengan pengukuhan liputan di seluruh negara, rakyat dan juga perniagaan akan dapat mengakses aplikasi digital generasi akan datang sebagai sebahagian daripada norma baharu.

“Kos yang lebih rendah akan meningkatkan permintaan yang seterusnya akan meningkatkan digitalisasi negara.

“Semakin banyak negara mula menggunakan 5G termasuk di ASEAN. Kerajaan perlu segera mengambil tindakan bagi mempercepatkan penggunaan 5G supaya kita tidak ketinggalan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here