KRI Nanggala 402 Masih Belum Ditemui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari Ini. Isteri WhatsApp Rayu Suami Pulang

0
244

DUA hari berlalu tiada lagi khabar berita, kapal selam milik Tentara Nasional Indonesia iaitu KRI-Nanggala 402 masih belum ditemui.

Seramai 53 anak kapal dilaporkan bertugas di dalam kapal selam gergasi ini. Rabu lalu, KRI-Nanggala 402 dilaporkan gagal dikesan semasa membuat latihan di perairan Bali pada kedalaman 700 meter.

Kru kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

Dengan tanda pagar prayforNanggala402 perkongsian daripada isteri salah seorang anak kapal ini menerima 1.4 juta tontonan.

Dimaklumkan yang pasangan ini baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Wanita ini juga turut berkongsi rakam layar perbualan suami isteri ini menerusi WhatsApp. wanita ini memberikan semangat dan dorongan buat suaminya. Di akhir perbualan, dia suaminya harus pulang kerana dia sedang menunggu di rumah.

Rata-rata warganet dari Indonesia dan Malaysia memberikan dorongan dan semangat agar terus kuat. Paling banyak mendoakan anak kapal selam itu cepat ditemui dalam keadaan selamat.

Terdapat juga dua perkongsian daripada para isteri anak kapal yang menyentuh hati. Masing-masing mendoakan suami , abang dan seluruh kru KRI Nanggala 402 selamat dan sihat.

Sama-sama kita doakan semoga usaha mencari dan menyelamat KRI-Nanggala 402 segera berakhir dan anak kapal ditemui dengan selamat.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here