Kuarantin di Chile, rakyat Malaysia usah bimbang

0
95

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia di Chile, berikutan pengumuman kerajaan negara itu, lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula esok akibat penularan COVID-19.

Duta Malaysia ke Chile, Abu Bakar Mamat, berkata kedutaan sering berhubung dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di ibu kota Santiago dan mereka rata-rata kini berada dalam keadaan baik, menjalani kehidupan harian dalam keadaan tenteram serta terkawal.

“Rakyat Malaysia di sini (Chile) lebih kurang 50 orang termasuk yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan kami. Yang berdaftar dengan kami hanya 31 orang. Kita nasihatkan supaya rakyat Malaysia di sini untuk patuh segala protokol kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Untuk keluarga di Malaysia, tak perlu bimbang, keadaan kami di sini terkawal dan kehidupan tetap seperti biasa, cuma…ada kawasan tertentu yang perlu kuarantin, kita masih boleh dihubungi. Keadaan di sini tenteram, suasana aman dan tiada masalah bagi kelengkapan barangan keperluan harian,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Isnin lepas, kerajaan Chile mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula esok berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Enrique Paris, berkata 21 bandar di wilayah metropolitan Santiago, termasuk Maipu dan Puente Alto, yang paling banyak penduduk, akan diletakkan dalam kuarantin, serta 21 daerah lain di wilayah Coquimbo, Valparaiso dan O’Higgins, dan Maule, Nuble, Biobio dan Los Lagos.

Sementara itu, Abu Bakar berkata menjelang bulan Ramadan, pihak kedutaan akan turut mengadakan program bantuan dan agihan makanan serta jamuan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Chile.

Merujuk kepada jumlah kes positif, setakat hari ini Chile mencatatkan 947,783 kes COVID-19 dengan 22,402 kematian direkodkan. – BERNAMA

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here