“Lakonan kena power… tak semestinya badan ketul-ketul baru boleh bawa filem aksi” – Fizz Fairuz

0
80

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PELAKON Datuk Fizz Fairuz berpendapat bentuk tubuh yang sasa bukanlah alasan utama seseorang pelakon dapat membawakan watak aksi dengan baik.


Menurut Fizz, mutu lakonan haruslah bergerak seiring bagi memastikan watak yang dilakonkan itu berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.


“Tak semua orang boleh bawa action movie (filem aksi) dengan baik tak semestinya badan kena ketulketul baru boleh buat action movie, hahaha.

“Lakonan kena power (hebat) juga bergerak sekalilah, kalau tak, tak jadilah.


“Kalau kroni okay, confirm lepas kau, lepas kau kau… sampai bila-bilalah, jadi apa lagi buat sendirilah kalau pandai,” katanya.

Kapsyen ditulis Fizz menarik perhatian pengikut.

Fizz menulis pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Sabtu.


Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik sekeping foto ketika sedang menjalani penggambaran filem Coast Guard.


Filem ini turut dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Fauzi Nawawi, Hazama dan Sabri Yunus dijangka akan ditayangkan pada Ogos depan.


Sebelum ini beberapa filem aksi menggunakan pelakon bertubuh sasa atau sado bagi menjayakan watak utama dalam filem genre berkenaan.


Dalam perkembangan yang lain, filem lakonan Fizz berjudul Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda sedang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia.


Filem terbitan A.Aida Production dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi itu turut menampilkan pelakon Nadia Brian, Amar Asyraf, Mas Khan dan Eyra Hazali.

Sumber: mstar

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here