Lebih RM1.15 juta saman trafik dikutip dalam 3 hari

0
35

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

MELAKA: Polis Melaka berjaya mengutip lebih RM1.15 juta hasil bayaran tunggakan saman oleh pesalah trafik dalam tempoh tiga hari hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, berkata kutipan itu membabitkan tawaran diskaun 50 peratus bagi saman tertentu sempena sambutan Hari Peringatan Polis Ke-214.

Sepanjang tempoh itu, beliau berkata, lebih 2,300 pembayar hadir menjelaskan saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Katanya, ia membabitkan 10,068 saman lalu lintas meliputi 6,499 Pol 170A dan selebihnya Pol 257.

“Sejumlah RM870,010 dikutip melalui pembayaran tunai, manakala RM282,030 lagi kad kredit, menjadikan jumlah keseluruhannya RM1,152,040,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan, jumlah kutipan itu tidak termasuk saman bagi kemalangan, status waran tangkap, memotong secara bahaya (potong Q), menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar antara 2020 hingga 2021.

“Saman berkaitan kesalahan mengubah suai ekzos yang dikeluarkan mulai 1 Mac lalu juga tidak mendapat potongan 50 peratus itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here