Lelaki Ditangkap Lepas ‘Kantoi’ Menipu Kata Jadi Jemaah Tabligh Sebab Nak ‘Cabut’ Daripada Ditahan Polis

0
200

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Walaupun sudah masuk hari yang ke 15 PKP dijalankan bahkan makin diperketatkan, kita dapat lihat di media sosial masih ramai yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa.

Bagi mereka hal Covid-lg satu perkara remeh dan malas nak ikut perintah tegas yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi membendung gejala tersebut macam ada seorang lelaki ni.

Tergamak dia mengambil kesempatan dengan menipu bahawa dirinya ada menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dan mengatakan dirinya mungkin menjadi suspek virus tersebut.

Menurut The Star, Ketua Polis Daerah Kajang Asst Comm Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, satu pasukan rondaan di Balakong pada Isnin (30 Mac) melihat lelaki itu melepak di kawasan sebuah kondominium sekitar 2 pagi.

Lelaki itu enggan mendengar arahan polis apabila disuruh pulang dan kemudiannya dia ditangkap dan di bawa ke ibu pejabat polis Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Semasa disoal siasat, lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah salah seorang jemaah tabligh tersebut. Disebabkan itu, lelaki itu di asingkan kerana menyebabkan panik berlaku. Malah, pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan tiba untuk membasmi bakteria di pejabat polis. 

Penipuannya terbongkar lepas pegawai kesihatan tersebut temuramah keluarga lelaki itu,

“Apabila kakitangan kami tanya saudara-mara dan rakan-rakannya, mereka semua memberitahu kami bahawa suspek bukan peserta di tabligh. Kami kemudian menginterogasi suspek lagi, dan akhimya dia mengaku bahawa dia berbohong untuk mengelakkan diri daripada direman. ”

Kes sedang disiasat kerana lelaki itu telah menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan mengikut Seksyen 7 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Suspekjuga disiasat kerana memberikan kenyataan palsu kepada penjawat awam.

Miliki Pistol Angin, Seorang Lelaki Ditahan Polis | Malaysia Kini ...
Gambar Hiasan

Wujud juga manusia yang macam ni Orang lain punya nak bergadaj nyawa selamatkan kjta tapi mereka ambil sambil lewa Kalau dah buat salah tu mengaku, jangan huru harakan lagi keadaan.

Sumber: Lobak Merah

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here